Sunday, 14 June 2015

Dilema Kerjaya


Assalamualaikum w.b.t

Countdown 3 days more to meet Ramadhan.
Allahumma balighna fi Ramadhan.
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.
Ramadhan Kareem, Allahu Akram.
.
.
.
Pejam celik pejam celik..
Sekejap je rasanya dah nak sampai ke bulan Ramadhan semula.

Ini bermakna tak lebih sebulan lagi tempoh praktikal saya akan tamat. 
Praktikal selama 3 bulan dari bulan 4 haritu sehingga ke bulan 7.
Nampak macam sekejap je kan 3 bulan tu..
Tapi sebenarnya terasa lama lah jugak nak menunggu tamatnya tempoh 3 bulan ni. huhu

Inshaa Allah,
 after this, akan bergelar graduan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang.

Ahamdulillah...
Sangat bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala-galanya.


Sepatutnya waktu sekarang ni dah perlu fikir kemana hala tuju selepas ni..
Tapi tu lah..
Dilema..
Dilema sama ada nak meneruskan kerjaya sebagai peguam syarie atau menyimpang ke bidang berlainan.

Ramai orang sekeliling yang memberi nasihat agar teruskan ke bidang kepeguaman ni..
Tapi tu lah..
Hati ni tak terbuka dan tak tertarik nak meneruskan ke bidang ni lagi.
Hati ni lebih kepada hasrat untuk menyambung pengajian Sarjana/Master..
Hati ni lebih kepada ingin menceburi bidang warga pendidik..
Allah...Dilema sungguh..
Tak tahu apa yang terbaik untuk diri ini..

Selalu berdoa agar Allah pimpin hati ni ke arah perkara yang terbaik untuk diri ni..
Harapnya apa yang saya pilih selepas ni, itulah yang terbaik..
Moga dimudahkan segala urusan kebaikan..
Aamiin.

No comments:

Post a Comment