Thursday 10 September 2015

Percutian di Island (Pulau Pangkor)🚢



Assalamualaikum whb

Okay. Meh nak habaq mai percutian 3 hari 2 malam di Pangkor Island. 🌊
.
.
Firstly nak habaq, Pulau Pangkor ni memang lah tak berapa glamour macam Bora-Bora yg Keknis dengan Hairul g honeymoon tu..
tak cukup indah macam Pulau Perhentian yg banyak penyu dan ikan warna warni macam ikan dalam cerita nemo tu...


Tapi kaaaaan..
Bagi orang yg nak lari dari kesibukan kerja, nak rehatkan minda, nak hilangkan tekanan..
Pulau Pangkor antara tempat yg boleh dijadikan pilihan.




Sebab apa Pualau Pangkor antara tempat pilihan bagi orang bandar termasuk saya?
Sebab bagi saya, dapat tengok pantai yg cantik warna hijau biru, sangat memberi ketenangan.
Selain pantainya yang bersih (walaupun tak sejernih pantai di Bora-Bora),
Ada jugak disediakan aktiviti-aktiviti lain such as banana boat, ronda keliling pulau, kayak, berbasikal, snorkeling, mandi pantai pun boleh..
banyak la aktiviti yg boleh dibuat.

Sebenarnya kan..
untuk pergi bercuti macam ni..takdelah perlukan duit yang terlalu banyak.
Okay, saya nak habaq mai..saya pergi bercuti bersama ahli keluarga total 6 orang hanya gunakan budget RM1500 sahaja.

Iyee sahaja.
Macam mahal kan?
Tak pun.
Sebab RM1500 tu kami 6 orang guna tak habis pun.
RM1500 tu kami guna untuk penginapan, aktiviti sepanjang dipulau 3 hari 2 malam plus makan pagi tengah hari malam, sekali dengan tambang pergi balik.
Haaa kira okay lah tu kan.

Jadi, kepada yang nak pergi bercuti tapi takde budget yg banyak untuk ke luar negara, jangan sedih, Malaysia masih banyak tempat percutian yg menarik dan inshaa Allah masih menepati budget anda.