Thursday, 10 September 2015

Percutian di Island (Pulau Pangkor)🚢



Assalamualaikum whb

Okay. Meh nak habaq mai percutian 3 hari 2 malam di Pangkor Island. 🌊
.
.
Firstly nak habaq, Pulau Pangkor ni memang lah tak berapa glamour macam Bora-Bora yg Keknis dengan Hairul g honeymoon tu..
tak cukup indah macam Pulau Perhentian yg banyak penyu dan ikan warna warni macam ikan dalam cerita nemo tu...


Tapi kaaaaan..
Bagi orang yg nak lari dari kesibukan kerja, nak rehatkan minda, nak hilangkan tekanan..
Pulau Pangkor antara tempat yg boleh dijadikan pilihan.




Sebab apa Pualau Pangkor antara tempat pilihan bagi orang bandar termasuk saya?
Sebab bagi saya, dapat tengok pantai yg cantik warna hijau biru, sangat memberi ketenangan.
Selain pantainya yang bersih (walaupun tak sejernih pantai di Bora-Bora),
Ada jugak disediakan aktiviti-aktiviti lain such as banana boat, ronda keliling pulau, kayak, berbasikal, snorkeling, mandi pantai pun boleh..
banyak la aktiviti yg boleh dibuat.

Sebenarnya kan..
untuk pergi bercuti macam ni..takdelah perlukan duit yang terlalu banyak.
Okay, saya nak habaq mai..saya pergi bercuti bersama ahli keluarga total 6 orang hanya gunakan budget RM1500 sahaja.

Iyee sahaja.
Macam mahal kan?
Tak pun.
Sebab RM1500 tu kami 6 orang guna tak habis pun.
RM1500 tu kami guna untuk penginapan, aktiviti sepanjang dipulau 3 hari 2 malam plus makan pagi tengah hari malam, sekali dengan tambang pergi balik.
Haaa kira okay lah tu kan.

Jadi, kepada yang nak pergi bercuti tapi takde budget yg banyak untuk ke luar negara, jangan sedih, Malaysia masih banyak tempat percutian yg menarik dan inshaa Allah masih menepati budget anda.

Sunday, 14 June 2015

Dilema Kerjaya


Assalamualaikum w.b.t

Countdown 3 days more to meet Ramadhan.
Allahumma balighna fi Ramadhan.
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.
Ramadhan Kareem, Allahu Akram.
.
.
.
Pejam celik pejam celik..
Sekejap je rasanya dah nak sampai ke bulan Ramadhan semula.

Ini bermakna tak lebih sebulan lagi tempoh praktikal saya akan tamat. 
Praktikal selama 3 bulan dari bulan 4 haritu sehingga ke bulan 7.
Nampak macam sekejap je kan 3 bulan tu..
Tapi sebenarnya terasa lama lah jugak nak menunggu tamatnya tempoh 3 bulan ni. huhu

Inshaa Allah,
 after this, akan bergelar graduan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang.

Ahamdulillah...
Sangat bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana memudahkan segala-galanya.


Sepatutnya waktu sekarang ni dah perlu fikir kemana hala tuju selepas ni..
Tapi tu lah..
Dilema..
Dilema sama ada nak meneruskan kerjaya sebagai peguam syarie atau menyimpang ke bidang berlainan.

Ramai orang sekeliling yang memberi nasihat agar teruskan ke bidang kepeguaman ni..
Tapi tu lah..
Hati ni tak terbuka dan tak tertarik nak meneruskan ke bidang ni lagi.
Hati ni lebih kepada hasrat untuk menyambung pengajian Sarjana/Master..
Hati ni lebih kepada ingin menceburi bidang warga pendidik..
Allah...Dilema sungguh..
Tak tahu apa yang terbaik untuk diri ini..

Selalu berdoa agar Allah pimpin hati ni ke arah perkara yang terbaik untuk diri ni..
Harapnya apa yang saya pilih selepas ni, itulah yang terbaik..
Moga dimudahkan segala urusan kebaikan..
Aamiin.

Thursday, 11 June 2015

Temuduga Guru KAFA



Assalamualaikum to all readers 😄
Alhamdulillah 'ala kulli hal, 'ala kulli ni'mah..
Pejam celik, nak masuk bulan Ramadhan dah ni..seminggu je lagi..
Allahumma bariklana fi Sya'ban wa balighna fi Ramadhan..


Nak habaq mai ni..
Semalam ceq pi temuduga untuk jadi guru KAFA di Pejabat Agama Islam Kuala Selangor.
Ya Allah...petang sebelum kejadian, terkejut bila tiba-tiba dapat call untuk pergi temuduga. Sebab sebenarnya saya ni tengah praktikal. Tak sangka lah pulak dipanggil temuduga awal sangat. Perasaan semua bercampur baur sebab tak buat apa-apa persediaan. 😅

Makanya, berbekalkan ilmu yg tak berapa nak ada, saya gagahkan diri je lah pergi temuduga.
Temuduga untuk KAFA ni ada 2 ujian. Bertulis dan Lisan.
Untuk ujian bertulis...hahaha
Bukan susah sebenarnya tapi sebab dah lupa tu yg rasa susah nak jawab.
Soalannya ada tentang sirah, ibadah, tauhid, bahasa arab, jawikan, tajwid.
Antara soalannya, tentang bila nabi Muhammad s.a.w tunaikan haji wida', bila difardhukan solat, hukum qurban, beza qurban dan aqiqah, dalil dosa pahala, dalil pensyariatan qurban.
Haaa tak susah kan. Hahaha
Yelaa, kalau dah lama tinggalkan, memang la lupa kan..
Sedih la jugak sebenarnya..sebab tak sempat nak persiapkan diri dan ilmu yg secukupnya.
Soalan bahasa arab tu, ada tentang mufrad musanna jama', tulis dlm bahasa arab bagi nombor yang jumlahnya ribu. Ribu weyy. Ratus pun saya dah konfius. Lagikan ribu. Tapi tulaa..bukan tak belajar dulu..cuma lupa..padanlah muka dengan diri sendiri kaaan.
Kemudian, ada soalan jawikan teks tu mudah je la kan..
Hukum tajwid tu pulak..memang kena penuh di dada laa..
Yelaa..kadang cara kita baca Al-Quran memang dah betul..tapi nama tajwidnya tu yang kita konfius dan lupa... 😂😂😂

Ujian lisan pula...
Alhamdulillah...dapat panel yg lembut hatinya..
Total ada 4 panel semalam.
2 orang ustzah dan 2 orang ustaz.
Saya dapat ustaz yg berusia.
Ya Allah...senang soalan yang beliau tanya.
Mudah belaka..
Kalau kita lupa pun beliau akan ingatkan sikit2..
Lisan ni awalnya dia akan suruh kita baca Al-Quran sebab nak tengok cara bacaan kita.
Tapi kalau kita uzur syarie, macam saya semalam, ustaz tu minta baca selawat jee.. Mudah sangat weyy..
Lepas tu, panel akan tunjukkan ayat dan kita akan namakan hukum tajwidnya..
Kemudian, ada la sikit tanya surah2 lazim...
Kalau macam saya semalam, disebabkan tak boleh baca ayat Al-Quran, ustaz tu baca beberapa potong ayat dan suruh saya sebutkan apa nama surah itu. Senang betul alhamdulillah..
Ada jugak lah soalan tentang visi misi JAIS, soalan tanya nama Agong Selangor, nama Sultan Selangor, nama Menteri Besar Selangor..ada juga dia tanya tentang tanggungjawab guru..dalam lisan pun ada soal tentang tauhid, ibadah..macam saya semalam dia tanya tentang sunat muakkad, sunat ab'ad, sunat hai'at..tentang sifat wajib bagi Rasul..sifat wajib bagi Allah..sifat harus, sifat mustahil..benda ni memang nak tak nak kena hadam lumat dalam qalbu. Haha

Ujian lisan ni, seorang peserta seorang panel. 1:1 la maknanya..
Saya dengar cerita..kalau yg dapat panel perempuan..masya Allah..tough katanya soalan yg diberikan...
Tapi apa pun..kepada yg bakal melalui temuduga KAFA, doalah banyak2 moga dilembutkan hati penemu duga tu...


Doakan saya ada rezeki untuk jadi guru KAFA yee. Aamiin. 😊😁😄😆

Wednesday, 1 April 2015

Till Jannah



السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Aku dan Kau.
Kita bertemu kerana Dia yg pertemukan.
Kita berpisah sementara juga kerana Dia yg aturkan.

Kau bungkam seribu bahasa.
Aku diam tanpa tanya khabar berita.
Kau atau aku yg silap?

Aku yakin kita tiada sengketa.
Dan aku yakin dalam hati kau menyimpan penuh derita.
Aku biarkannya tanpa bertanya.
Kerna aku yakin, apabila aku memohon untuk Allah menjaga dan memelihara kau dan aku,
Allah pasti sangat mampu melaksanakannya.
Allah..
Bantu kami dengan cara yg Engkau kehendaki Ya Allah.

Moga ukhwah kita hingga ke akhirnya.
Moga kita tidak terus hanyut dengan fitnah dunia.
Moga kita bertemu di sana.
Di syurgaNya. 



Aamiin Ya Rabb.

Saturday, 28 March 2015

Persiapan di hari peperiksaan







 السلام عليكم ورحمة الله وبركة


Tips :

1) Pesan ibu, sentiasa jaga hubungan dengan Allah.

2) Jangan campur adukkan ilmu dengan maksiat

3) Bersedia secukupnya untuk menjawab soalan peperiksaan (ulangkaji)

4) Tidur awal untuk bangun awal lakukan solat Tahajjud

5) Mulakan pagi dengan baik (solat subuh baca al-Quran) inshaa Allah aktiviti seharian berjalan dengan baik

6) Lakukan solat Dhuha mohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan

7) Sebelum  dan semasa menjawab soalan banyakkan selawat, baca surah al-Sharh (alam nasyrah)

8) Selesai menjawab, berdoa agar Allah lembutkan hati pemeriksa

9) Lakukan solat hajat mohon segala kebaikan pada Allah. Mohon agar diberikan yang terbaik.

10) Yakin dengan Allah. Bertawakal kepada Allah.